alan

kamus

Thursday, February 17, 2011

.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, 
Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai
 pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa
 baginda akan menjadi utusan terakhir dalam 
menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan
 peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja
 dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya
 tetapi dalam konteks semasa dan selepas
 dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia
 yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi.
 

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam 
yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di 
sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak
 lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap 
kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda 
Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku 
sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam 
kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah
 sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat 
yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. 
Malaikat mengatakan bahawa beliau telah
 mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada 
seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya 
terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah
 Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim
 Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya
 membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu 
semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut
 yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu
 rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan
 di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut
 di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang
 kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan
 menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, 
gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang 
menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana
 yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat 
menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang 
menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan
 melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia
 diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata
 ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada 
seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan 
pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah
 ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan
 satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi
 darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil 
bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan
 nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda
. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah
 bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-
kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang
 dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh
 sumber-sumber Arab yang paling awal yang 
menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim 
Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan 
terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke
 langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti 
dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan
 ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, 
supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan
 segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan
 Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan
 dalam keadaan memandang ke arah langit sambil
 meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda
 ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda,
 berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami
 kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib
, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba
 berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah.
 Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah
 berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan
 membinasakan orang kafir dan mensucikanku 
daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan 
penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan
 berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai 
tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya
 runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda
 keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam
 hampir selama seribu tahun telah padam dengan 
sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan 
orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan.
 Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran
 baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam
 ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi
 kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan 
dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika
 baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah,
 ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah
 mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing 
mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak 
pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga 
pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat
 tompokan awan kecil di atas kepala melindungi 
baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda
 bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba
 datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat
 Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan 
segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan
 salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah 
itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu
 diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 :
 Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran
 Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan
 tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun 
nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan 
kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali
 gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan 
di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, 
Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

No comments:

Post a Comment

tetamu

sajil

manik2 jatuh

mauh

Hot Pink Pointer Wavy Tail