assalamualaikum,saya nak kongsi dengan kawan2....tentang hukum kencing berdiri...
huuuhh....kan banyak lagi perkara yang boleh dikongsi,kenapa saya pilih yang ini pula..huhu...sebenarnya sebelum peperiksaan pertengahan sem baru2 ni,pensyarah saya,ustaz nik memberi tugas kepada saya untuk membuat bahas tentang HUKUM KENCING BERDIRI...jadi ape salahnye saya nak kongsi sedikit tentang ilmu yang saya telah perolehi hasil pencarian saya tentang hukum ini...saya harap ilmu saya ini dapat dimanfaatkan oleh kawan2 semua,dan sampaikanlah pula kepada orang lain...semoga pahala kita akan terus mengalir mencurah2..hehe..inilah sebahagiannye dari hasil pencarian saya:
Hukum Kencing berdiri
Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.
Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.
Dalam sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda: Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri.
Hudzaifah r.a. pernah berkata: Adalah aku bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri.
Sementara itu ada sebuah athar drpd A’isyah r.a.: Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.
Penerangan A’isyah ini tidaklah bertentangan dgn penerangan Hudzaifah. Penafian A‘isyah di atas sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri terhadap kehidupan harian Rasulullah saw di rumah. Perlu diingatkan bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah ketika bermusafir.










No comments:
Post a Comment