alan

kamus

Saturday, March 26, 2011


 hmmm.....malas nak update blog......

Friday, March 11, 2011

tips bljr tenangly

TIPS BELAJAR SECARA CEMERLANG


Proses pembelajaran melibatkan 3 perkara;

  1. Faham
  2. Ingat
  3. Kemahiran
Pemahaman.
Untuk memahamkan konsep, biasanya pelajar memerlukan bantuan 
samada guru, rakan atau buku rujukan. Proses memahami konsep 
sangatlah penting kerana setelah konsep difahami, barulah konsep 
itu mudah untuk diingati dan seterusnya digunakan (kemahiran). Maka
 kerana itulah, pelajar sangat perlu memberi perhatian yang baik kepada
 pengajaran guru. Sekiranya anda bermasalah dengan pengajaran guru 
disekolah, anda memerlukan bantuan buku rujukan, rakan atau guru 
tuisyen. Proses pemahaman konsep ini sangat penting untuk pelajar 
bergerak kepada tahap pembelajaran mengingati dan memahirkan 
konsep itu tetapi memahami konsep sahaja tidak bermakna, jika 
pelajar tidak melakukan proses kedua dan ketiga. Proses pemahaman
 kinsep hanya memberi sumbangan sebanyak 30% dari proses 
pembelajaran.

Pengingatan.
Untuk mengingati konsep, pelajar perlu mengulangkaji pelajarannya di rumah. Cara yang paling baik dan berkesan untuk mengingati konsep adalah melalui peta minta. Pelajar perlu membaca fakta dan menterjemahkannya melalui peta minta. Semasa melakukan peta minta, pastikan pelajar menggunakan pelbagai warna yang boleh menarik perhatian otak. Setelah peta minda disediakan, pelajar perlulah membaca semula peta minta itu dengan berulang kali.

Kemahiran.
Kemahiran konsep akan diperolehi melalui latihan yang banyak. Pelajar perlu membeli buku latihan topikal. Sebelum melakukan latihan dari buku latihan topikal, pelajar perlulah terlebih dahulu melakukan berulang kali latihan yang telah dibincangkan bersama guru. Setelah mendapat kemahiran dari latihan ini, barulah pelajar memperbanyakkan latihan dengan membuat latihan tambahan dari buku latihan topikal. Sekiranya pelajar ada masalah dengan latihan ini, pelajar perlulah bertanya samada kepada rakan mahupun guru.

Penerangan.
Gabungan dari tiga proses ini, saya ingin mengingatkan pelajar tentang;
  1. Pelajar pelulah bersedia sebelum kelas. Pelajar pelu melakukan ulangkaji kepada pelajaran yang telah diajar oleh guru dalam pelajaran yang lepas dan pelajar juga perlu melihat kehadapan iaitu membaca sepintas lalu pelajaran yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut.
  2. Pelajar perlulah memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Sebaiknya, pelajar duduk di bahagian hadapan kelas dan mencatatkan pengajaran guru.
  3. Apabila pulang kerumah, pelajar perlulah melihat kembali pelajaran yang diajar oleh guru pada hari tersebut dan seterusnya menyediakan peta minda, membaca peta minta tersebut dan membuat latihan dari tajuk tersebut.
Saya yakin sekiranya pelajar mengamalkan kaedah ini secara berterusan,
 pelajar boleh berjaya dengan cemerlang.
Pelajar perlu menguruskan masa anda dengan baik. Pastikan masa anda tidak dibazirkan kepada aktiviti yang kurang diperlukan seperti menonton tv, bermain game di komputer atau bersms dengan phone.
Semasa proses pembelajaran, perlulah melibatkan 2 bahagian otak iaitu pembelajaran dan kretiviti. Semasa pembelajaran, pelajar perlulah menggunakan warna-warna yang menarik perhatian

stress

MySpace

stress??? atau
keletihan dalam study & kerja?? tips exercise dari hambe ALLAh untuk kalian

MySpace

starting exercise supaya
tidak mengalami cramp.
tariiiiikkk ... hembuuuuuss... buat dalam 7 kali

MySpace

goyang-goyang kan badan
dalam kiraan 1-10

MySpace

teruskan
exercise dengan cara ini...

MySpace

ups... jangan sampai tersadong atau tak boleh bangun..

MySpace

berlari lari anak..dalam
keadaan berlari setempat

MySpace

berjalan ala ala begini...

MySpace

hayya...hayya...

MySpace

huk..hukk... wacaaaaa...

MySpace

cubet-cubet
pipi...

MySpace

jerit la ape nk jerit tp
jgn sampai menganggu kawan yang lain

-
-
-
-
-
akhir sekali kalau masih stress gak, pegi la tido kejap...
tak cukup tido la tu...pegi la tido jap...kesian mata tu
tak cukup rehat

MySpace

Thursday, March 10, 2011

rukun usrah

Ramai yang mungkin memahami dan meletakkan perspektif bahawa usrah itu adalah sebuah liqa' (perjumpaan) mingguan yang di dalamnya ada pengisian-pengisian. Dengan perspektif itu, selalunya berlaku kepincangan di dalam diri mereka,"Bukankah lebih baik kita pergi dengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz?". Di dalam kefahaman mereka, usrah tersebut umpama majlis-majlis ilmu tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit jumlah pesertanya. Bahkan tidak lebih dari itu.

Apabila usrah dilihat seperti itu, maka ia tidak ubah seperti sebuah ceramah berskala kecil. Sesebuah usrah yang berfungsi seperti itu sahaja tidak mungkin mampu membina keperibadian muslim sehingga mereka menjadi rijal-rijal da'wah. Ia akan menjadi sebuah program yang gagal di dalam pendekatannya, tidak jelas di dalam matlamatnya, bahkan hanya merosakkan pandangan umum terhadap kalimah usrah.

Sesungguhnya, usrah adalah sebuah nizam (SISTEM). Manakala liqa' (perjumpaan) mingguan hanyalah salah satu daripada programnya. Andaikata sistem ini lemah, nescaya akan lemahlah sesebuah gerakan Islam yang menjadikan tarbiyah sebagai asasnya. Dan sesungguhnya, kita adalah satu saff yang meyakini bahawa method revolusi Islam wajib menjadikan tarbiyah sebagai asas. Al-Banna berkata:"Berusahalah supaya anda menjadi sebahagian daripada batu-bata yang baik dalam binaan Islam ini".

Untuk memperkuatkan sistem ini, Hasan al-Banna telah menggariskan tiga rukun. Lalu beliau berpesan kepada golongan yang meyakini fikrah ini dengan pesanan:
"Jagalah rukun-rukun ini. Cubalah sedaya-upaya merealisasikannya supaya hubungan ini wujud bukan sekadar kerana satu arahan, sebaliknya ada ruh di sebalik pelaksanaannya".

Rukun-rukun usrah:

(1) Ta'aruf

"Ini adalah rukun pertama. Kenal-mengenalilah antara satu sama lain dan wujudkanlah suasana kasih-sayang sesama kamu dengan roh Allah. Hayatilah nilai persaudaraan yang sebenar dan ideal sesama kamu. Berusahalah sedaya-upaya supaya kamu tidak melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan hubungan kamu. Sentiasalah laksanakan ayat-ayat al-Qur'an dan hadith-hadith yang mulia. Sentiasalah merenungi ayat-ayat dan hadith-hadith berikut. Ingatlah firman Allah SWT:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara
(al-Hujurat, 49:10)
Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah (agama Islam)
(Aali 'Imran, 3: 103)

RasuluLlah SAW juga pernah bersabda:
Seorang mu'min dengan seorang mu'min yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain.
(HR. Bukhari dan Muslim)
Seorang muslim adalah saudara seorang muslim yang lain, tidaklah dia menzaliminya dan tidaklah juga dia membiarkannya.
(HR. Mutafaqqun 'alayh)
Kasih-sayang, belas kasihan dan simpati sesama orang-orang yang beriman ibarat satu tubuh.
(2) Tafahhum

Inilah rukun kedua dalam sistem ini. Istiqamahlah di astas jalan yang benar. Laksanakanlah segala perintah Allah dan jauhilah segala larangan Allah. Nilailah diri kamu sehalus-halusnya; adakah kamu orang-orang yang taat atau orang yang derhaka.

Setelah itu hendaklah kamu nasihatkan saudara kamu jika kamu melihat ada kelemahan padanya. Hendaklah saudara menerima nasihat daripada saudara kamu dengan gembira dan senang hati. Berterima-kasihlah kepadanya kerana nasihatnya itu. Janganlah saudara yang memberi nasihat itu berubah hati walaupun sebesar kuman sekalipun terhadap saudara yang dinasihati. Janganlah sehingga dia merasakan saudaranya itu lebih rendah daripadanya atau dia merasakan dia lebih baik daripada saudaranya itu.

Kedudukan kasih-sayang yang dijalin kerana Allah adalah kedudukan yang tertinggi, selain itu nasihat itu sendiri adalah rukun agama ini: 'Agama adalah nasihat'. Semoga Allah memperkukuhkan hubungan sesama kamu dan Allah berikan kamu kekuatan untuk mentaatiNya. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada angkara tipu daya syaitan.

(3) Takaful

Ini adalah rukun ketiga. Hendaklah kamu saling bantu-membantu, pikullah tanggungjawab bersama-sama. Inilah tanda keimanan dan teras persaudaraan. Hendaklah kamu berjanji untuk saling bertanya khabar dan membuat kebajikan. Hendaklah kamu sentiasa bersedia membantu saudara kamu setiap kali diperlukan. Hayatilah sabda RasuluLlah SAW:
Jika salah seorang di antara kamu berjalan kerana mahU menunaikan keperluan saudaranya itu, (ia) adalah lebih baik daripada dia beriktikaf selama sebulan di masjid saya ini.
Sesiapa yang membawa kegembiraan kepada sebuah keluarga muslim, Allah akan memperlihatkan kepadanya ganjaran yang tidak kurang daripada syurga.

Allah menyatukan hati kamu dengan ruhNya, Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong."

(dan selebihnya ianya disebutkan di dalam Risalah Sistem Usrah, Hasan al-Banna)

Dalam proses untuk kita mencantikkan lagi sistem ini, setiap al-akh hendaklah sentiasa menyemak kewajipannya dalam aspek kerjasama. Penilaian perlu dibuat sejauhmana dia melaksanakan rukun-rukun ini. Kita ingin memperkuatkan saff kita, maka kita harus bermula dengan memperkuatkan usrah kita. Janganlah sekadar ianya menjadi satu rutin perjumpaan mingguan, umpama air yang tidak mengalir, lalu menjadi busuk dan membiakkan penyakit.

Ummah ini memerlukan kepada satu gerombolan pemuda, yang tinggi cita-citanya, yang kuat keazaman mereka, dan bersungguh-sungguh di dalam usaha mereka. Tetapi mereka perlu disusun dalam saff yang tersusun, dan diikat dengan ikatan yang kuat sesama mereka dan para syuyukh (orang-orang tua).

Kewujudan mereka membawa perubahan kepada dunia,
Sinar keimanan dari hati mereka menghancurkan kegelapan kejahilan,
Sehingga tidak terjadi lagi fitnah di muka bumi,
Dan ad-deen keseluruhannya adalah untuk Allah.

Saturday, March 5, 2011

Rasulullah punya penjagaan makanan yg sangat baik... semua ini ada hikmahnya....
kerana kejayaan yg sebenar adalah sejauh mane kite taat perintah Allah & sejauh mane kite dapat ikut cara Rasulullah s.a.w



Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

jangan makan buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah dulu baru makan nasi. (sebaiknya makan buah 30 min sebelum makan nasi)


tidur lebih kurang 1 jam selepas makan tengah hari (jangan terus tidur lepas makan)

Akhir sekali, jangan sesekali tinggal makan malam, siapa yang tinggal makan malam akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda..


Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak
percaya... kawan2
cubalaa.........
kesannya bukan dalam waktu terdekat, tapi bila kita dah tua nanti
Wassalam.

tetamu

sajil

manik2 jatuh

mauh

Hot Pink Pointer Wavy Tail